:"
if you know how serabut i am
bodohnya aku.
kenapa mesti spot check?
kenapa nak sibuk baca semua tu?
bodo, aku memang tak patut bukak semua tu.
sah sah lah lepas ni aku nak sentuh blackberry pun dah tak boleh.
Hahahahahaha.
eleh macam aku nak tau sgt je kau dgn dia bbm apa.
"Aku nak tau."
-Sebenarnya i rindu you, kawan baik ok -
"I pun rindu you"
what? Kenapa ckp mcm tu?
"saya cuma nak jaga hati dia. takkan dia msg saya nak ckp oh ok yelah"
jaga hati dia kan?...
bukan ini cara dia.
pergi.
jaga hati dia.
jangan datang balik, aku mohon.
jangan datang balik.
leoas semua yang kita buat,
yang kita cuba perbaik,
ini hasilnya?
"alah saya bukan ckp saya sayang dia, i love you ke ape"
:)
ok, aku tau.
cuma kau pergi, "saya cuma nak jaga hati dia"
jangan fikir belakang.
aku boleh berdiri sendiri.
sekarang, semua dah diganti.
bawak dia keliling dunia.
ganti aku dgn berjuta km kita yang pernah kita merayau.
tak guna kita bersayang kalau semua itu atas alasan jaga hati.
hati aku tak perlu dijaga.
hati dia. mcm yang kau kata.
-saya cuma nak jaga hati dia-
:)
pergi. cari dia. jaga dia.
:"
tau tak rasa bila
aku tak dapat tunaikan sesuatu yang kau nak
sedangkan orang lain boleh.
dia boleh.
aku melangut,
hina.
patut pun.
kan?
aku dah agak kita tak akan mampu, tak akan boleh
jadi mcm dulu.
ambiklah berapa lama masa pun,
takkan boleh.
seperti yang aku kata,
segalanya telah diganti.
apa yang kau nak risaukan sgt?
dia ada, semua. setiap masa.
:)
:)
:(
:''
detik ini,
aku rindu. tak tertahan.
my ask.fm dah terjawab kan?
everythings ok. im okay.
:)
she took my Azrul.
my mok
my ajewul
my azroy
my jewul
my babe
my love
my arjuna.
so please,
tinggalkan Zufwan untuk saya.
Hanya nama itu yang saya kenal.
Zufwan.
Yang lain? Dia berubah. Ke arah lain. Orang lain.
hahahahahaha apa ni AA sembang kencang
-.-
:)
*rindu sangat aku rasa down gila*
:"
jujur aku terlalu sayang
sampai aku lupa belajar cara untuk melepaskan.
selama ni aku hanya mampu sembang kencang,
konon aku mampu lupakan kau
konon aku mampu lepaskan kau
konon aku anggap kau sebagai kawan.
aku tak boleh. aku tak mampu.
tapi jangan risau, buat kalian berdua.
aku cuba
:)
:''
secara jujurnya,
aku mula fikir aku akan mengalah untuk kita.
setiap hari hanya aku dan cermin,
"tell yourself that youre okay, turn on your smile"
And sometimes it helps.
Nope, everytime.
Kalau tak, boleh ke aku tengok muka kau setiap hari kat sekolah?
Selang semeja dalam dewan?
Melepak belajar sesama?
Wait each other after school?
share each other problem?
ingat aku mampu?
Aku cuma nampak hanya aku berusaha untuk kita.
Dan hanya aku main tepuk conjuring.
kan?
kau masih dengan dia, dan aku sebagai penghalang untuk kau selangkah bersama.
takkan ada siapa lagi yang nak berundur kan?
aku mula terfikir yang aku tak akan menang dalam drama kita bertiga ni kan?
susah untuk kau lepaskan dia.
aku tak paksa,
sebenarnya kau perlu aku. sebagai kawan. kan?
kau juga pelu dia. sebagai kekasih.
sebagai pengubat kau dengan segala sialan yang aku bawa.
sebagai balasan kasih sayang kau.
cuma kau jaga hati aku.
kau taknak bagi tau tentang tu.
aku boleh rasa kita istilah sayang kau dengan kawan, seerti.
with the word "sayang",
aku memang bahagia.
tapi siapa nak "sayang" kalau semua palsu?
kalau semua dikongsi?
apa yang kita lalui setahun, hanya beberapa bulan kau dengan dia,
kau dah boleh sayang dia.
aku percaya,
kau sayang dia.
sayang dia.
terlalu sayangkan dia.
dan aku terima.
saya okay, zufwan.
saya okay.
jangan risau, awak tak kejam.
Mohon Aten, jaga dia.
jaga Zufwan.
:)
:"
kelmarin kau dtg bawak segunung harapan untuk aku,
layan seperti kau dapat menerima segalanya tentang aku,
segala pengakuan kau buat,
aku telan.
pahit.
tercekik.
semalam kau datang dengan seribu kata,
aku buang harapan yang kau tabur.
indah kata tapi aku terpaksa menolak.
kenapa?
pengakuan kau,
100% mengahancurkan segala harapan aku kelmarin.
hari ini,
aku pergi.
berundur.
kerana aku tau,
penantian hampir 3 bulan ini,
sia sia.
tiada satu makhluk yang menghargai.
tipu lah aku kata aku tak terasa dgn setiap kata kau,
kalau boleh mahu saja aku leleh 1000 liter tanpa sebab.
tipu lah aku kata aku mahu kau bahagia walaupun bukan dengan aku,
kalau boleh mahu saja aku teriak "mari bahagia bersama seperti dulu"
tipu lah aku kata aku kata aku tau akan nasib kita seperti ini,
kalau boleh mahu saja aku bersuara bahawa aku sedang berusaha untuk kita.
tipu lah aku kata aku tidak kisah dengan apa yang berlaku,
kalau boleh mau saja aku tangiskan segala yang berlaku.
sungguh aku tipu,
jika aku kata aku tidak langsung lagi menaruh harapan untuk kita.
kalau boleh,
mau saja aku riak tentang kesabaran aku, kekuatan aku untuk bangun selama 3 bulan.
aku masih, terlalu berharap,
untuk kita.
aku kaburkan harapan aku di hadapan kau,
kerana aku tau susah bersimpang siur untuk aku dapatkan "kita"
aku hanya perlu kuat di hadapan kau,
aku mahu kau bahagia.
sungguh zufwan.
harapan aku untuk kita menggunung,
aku mintak maaf,
kerana terlalu berharap.
jika semalam ka datang meberi harapan,
hari ini aku hancur,
aku hancurkan harapan aku di hadapan kau.
untuk kau dan dia.
:''
"27 August"
I miss how we celebrate my birthday, together. last year.
thank you for all those words.
Kalau status relationship awak dengan dia tu hadiah untuk harini,
maknanya aku dapat hadiah paling bermakna untuk tahun ni
kan?
Terasa mcm menyirap beb, kenapa harini?
aku terima semuanya, untuk kau :')
Rasa mcm terus nak deactive facebook bila bukak news feed,
pang!!!!!!!!
sabar hati.
tuhan,
kekuatan.
ingat,
terus senyum.
:)
:''
Semalam aku tau semua,
SEMUA.
Aku cuma harap kau bahagia.
Cuma itu.
Kalau ini habuan untuk bulan ini,
aku cuma harap,
August lenyap.
:"
dia keluar bila,
lepak dengan siapa,
dekat mana,
dah makan atau belum,
bukan urusan aku lagi.
tolong hati,
faham.
bukan urusan kau lagi.
itu dia,
diri dia,
dia seronok dengan hidup dia.
kalau aku tau sepanjang belasan bulan dia banyak membazir masa dengan aku berbanding kawan dia,
aku mohon maaf wahai sahabat kau,
sekarang kau orang ada dia sepanjang masa,
tolong,
jaga dia buat aku.
:"
jealous nya rasa.
bila orang kata,
"dengar cerita budak tu orang jauh"
bidor?
hahahahahahaha
ok.
ok.
takpe.
jauhnya kan? macam mana nak dating?
ala, budak tu sekolah kat manjung la, apedehal?
jealousnya, knp baru skrg aku jumpa...
dgr cerita budak tu amoi, "sepet" khabonya.
ok.
takpe.
bertahan hati,
dia bahagia.
rindu --
hanya tuhan tu setinggi ganangnya.
dia ada kawan,
dia ok,
dia boleh jaga diri dia,
kau tu,
naik basikal pun failed
kan?
kau ni semua takleh harap,
patut kena reject.
cuma satu --
bagi aku peluang kedua.
hanya sekali ini,
peluang kedua
:(
lupa? kau pernah minta peluang kedua?
tolong kekasih hati,
cuma sekali ini,
PELUANG.
aku tak akan sia sia kan...
aku janji, kekasih.
:''
puas aku stalk,
kau tahu apa aku jumpa?
perempuan yang aku anggap punca kita macam ni...
:)
:"
"jom tidur?"
ya tuhan,
rindu.
sangat.
sungguh,
tak tertahan.
:
kalau mesej,
aku boleh hidup.
tapi,
kalau bersemuka,
aku mati.
kedu.
bersalah.
tahan empangan mata,
jangan pecah.
jangan sesekali.
ya tuhan,
terlalu rindu.
:"
cukup seminggu aku diam.
tapi kau dgn aku tetap sama.
yang berbezanya?
cuma aku dah terbuka hati untuk berhenti berharap.
tuhan, terima kasih.
untuk kekuatan.
untuk semangat yang diberi.
kalau dia lebih selesa, lebih bahagia,
dengan cara begini,
makna doa aku dah termakbul.
aku hanya mahu kau bahagia, walau apa cara sekali pun.
dengan keadaan kita sekarang,
aku cukup terima kasih.
sungguh. terima kasih,
sahabat, kekasih hujung nyawa.
teruskan, senyum untuk kekuatan.
:)
:"
tolong aliah,
jauhi dia.
dia bukan lagi telinga tanpa taik kau.
tolong.
dia tgh bahagia.
jangan rosakkan mood raya dia.
tolong,
aliah.
selesaikan masalah sendiri,
belajar berdikari,
bangun berdiri atas kaki sendiri.
tolong aliah,
jangan kacau dia.
dia bukan untuk kau.
masa dia untuk orang lain.
tolong aliah,
faham.
jauhi dia.
kau hanya celakakan dia,
jauhi dia --
:''
aku tak habis fikir,
macam mana aku boleh hancurkan semua ni?
semua...
lenyap sekelip mata.
kalau lah malam tu dapat diulang,
aku takkan biar kau balik dalam keadaan mcm tu.
kalau lah hari hari tu dapat diulang,
aku takkan biar kau terus dalam keadaan mcm tu.
senangnya kau gembira,
kerana dulu dia derita.
kerana dia kuat,
dia bangun dengan sendiri.
siapa pun dia,
dia perlukan yang lebih baik,
yang tak akan sekali jatuhkan maruah dia,
yang takkan komen dia,
yang boleh terima semua tabiat dia,
yang sangat cantik,
yang tak akan pakai jersey masa dating,
yang akan ada masa prank birthday dia,
yang sentiasa boleh diajak keluar,
yang tak akan sesekali tolak permintaan dia,
yang boleh diajak konvoi sekali,
yang tak ada masalah keluarga,
yang akan sentiasa menjadi telinga tanpa taik,
yang akan jadi mulut tanpa puaka,
yang ada calit make up di muka,
yang tak akan dating berjemaah,
yang tak akan sesekali kecewakan dia.
yang paling penting,
yang bukan macam aku.
bukan aku.
tolong isi cacat cela segala kekurangan aku,
dengan kelebihan yang ada,
itu akan lengapkan kesempurnaan dia.
dengan kelebihan yang ada,
itu akan lengapkan kesempurnaan dia.
:"
status facebook nowadays 'before raya' :
B in a relationship with C
D in a relationship with E
F in a relationship with G
H in a relationship with I
J in a relationship with K
L in a relationship with M
N in a relationship with O
P in a relationship with Q
R in a relationship with S
T in a relationship with U
V in a relationship with W
X in a relationship with Y
gampang.
apa pun keadaan nya,
should be,
A in relationship with Z.
kan?
eh?
could be?
NO.
okay... :)
:(...
:''
katil yang kau tidur,
kereta yang kau naik,
semua masih ber-b-e-k-a-s.
Yang paling penting,
segalanya masih belum basi.
:"
detik ini,
aku memandang syiling.
tak boleh tidur.
aku tak tau sama ada wujud "kita" ataupun tak,
aku cuma rindukan malam kita.
main dekat taman.
main dat belakang pintu.
tgk cerita pontianak.
sampai lah dua dua lena.
5 pagi itu...
kau lupa?
tuhan --
kuatkan segalanya yang ada pada aku.
buang sepertimana dia buang aku,
tapi mohon,
jangan buang kenangan aku.
:"
Ya tuhan --
di setiap sudut rumah mak ini,
di setiap jejak kita bersama,
aku rindu.
dalm bilik,
taman permainan,
depan tv,
segala yang kita buat bersama,
ya Allah,
aku terlalu rindu.
Apa kau sudah lupa segalanya?


















































