asdfghjkl
:''
0 comment[s]




"Cukup lah AA. Tak penat ke cari dia je?"

Tak penat. Langsung.



"Sampai bila?"

Sampai bila bila...



Cuma sekarang, aku kaciwa.
kaciwa sebab senangnya kau buang aku.



Kau buang semua,
  
saat kita lepak ABC
saat kau bertandang rumah aku
saat kita karok bersama
saat kita tengok wayang bersama
saat menyambut 1st anniversary
saat tertidur dekat kelas sampai petang
saat kau tidur rumah Mak aku
saat pagi kita sarapan bersama
saat kau sikatkan rambut aku
saat kau malu kucing dengan mak
  saat malam kita main taman permainan
saat di Gua Tempurung
saat kita di taman monyet
saat kita di dalam kereta
saat kau dengar masalah aku
yang paling penting,
saat kau tersenyum depan stor untuk kali pertama.



Senyuman mahal hari itu,
mohon kekalkan.



Simpan sedikit untuk aku,
andai kata satu hari kau terlalu benci aku.


Kau buang semua ini terlalu,
JAUH --


 
tapi, 
tak mengapa.



Aku sedar puncanya,
Aku.
 
 Aku yang mulakan semua ni...
Aku yang porak peranda kan keadaan...

Tak terniat sikit sebesar zarah untuk salahkan kau.



Cuma aku berhenti.
Berhenti untuk apa?
Kejar kau.
Cari kau.



Tapi bukan tanda aku mengalah
untuk hubungan kita.


Aku sedar dah tak ada "kita"
buat masa sekarang.
Tapi aku berdoa,
"kita" untuk akan datang.
"kita" untuk selamanya.
Aamin Ya Rabbal Al Amin --



Mungkin kau cuma,

 Perlu masa.
Perlu ruang.
Dengan orang lain? Mungkin?



Yang pasti, kaciwa aku tidak sangat kerana wujudnya "orang" itu,
aku lebih kaciwa kerana,
rokok.




Kau tau itu tapi kenapa? Kau sengaja? Balas dendam?
Selama belasan bulan, itu juga kali pertama.
Hembus hembus *asap*
Ya Allah, sabar hati.




Cukuplah.



Cuma satu,
siapa pun orang itu,


dia takkan mampu
buat sepertimana aku buat.
Pegang itu.
Dia takkan MAMPU.
*Ayat penyedap untuk hati aku* Dia tak akan MAMPU --



Cuma dia, beruntung.
Terlalu untung.
Dapat kau.
Kalau aku,
aku bersyukur.



KALAU --



Cuma dulu,
aku tersalah langkah.
aku kurang percaya kau.
aku terlalu dengar cakap orang.




Untuk itu,
sejuta penyesalan.
gandakan saja sejuta kerana terlalu menyesal.




 Cukup jauh kilometre kita berjalan,

kita teroka,

ulang alik,

pergi sekolah jumpa sebelah toyota,

balik kau masuk simpang Tesco,

Ya Allah,

cukup beribu kilometre.

Jauh juga perjalanan kita

Sungguh, JAUH --




Untuk itu,

terima kasih untuk semua.




untuk sentiasa menjadi peneman

tak kira cuaca

tak kira malam atau siang

tak kira jam minit saat



untuk luahan perasaan

menadah telinga untuk aku

nasihat yang kau beri



untuk gelak tawa

tak kira tempat,

atas motor,

dalam kereta,

semasa makanan penuh dalam mulut.



untuk kesabaran kau yang terlalu tinggi

semasa hormon aku tak stabil

semasa kau dikomen teruk dengan aku

semasa kau melayan kerenah aku yang tah pape



untuk segala paksaan yang aku buat dekat kau

paksa untuk minat Justin Bieber

paksa untuk makan setiap makanan yang aku beli

paksa untuk berubah

paksa untuk buang habit merokok



Segalanya,

mohon kau halalkan,

mohon kau maafkan,

mohon kau terus terpujuk,

mohon kau dibukakan pintu hati untuk aku,

mohon kau mengalah,

mohon untuk segala untuk "kita".



Aku percaya ada "kita"

untuk akan datang

dan

selamanya



-Aamin Ya Rabbal Al Amin-






older posts |newer posts