asdfghjkl
Sisa hidup :)
0 comment[s]






Lokasi  : SMK Raja Perempuan Ipoh dan asrama puakanya.
Masa 19.01.2009 aku leleh ah tinggal Manjung, nak kena masuk hostel dekat Ipoh. Aku mana suka ipoh ni sebab tempat ni busuk, banyak maksiat. Ceh dulu aku alim sikit, sekarang menyetan okay? Leleh ah tinggal kawan, tinggal barang, tinggal sekolah! Wuuuuu sekolah? baru dua minggu sekolah smab nak kecoh muahahahaha sumpah aku rasa lah hostel ke? aku ingat ulang alik dari manjung sampai ipoh. tersedu sedan gua fikir cane nak survive. macam bajet, padahal kakak aku sihat walafiat je 4 tahun duduk sana. Function cerita pasal ni sebab aku rasa asrama takdelah teruk sial kusut otak sangat kan -.- Best je, gemuk aku makan makanan dekat sana. k start ~

Dekat asrama, kita akan belajar mcm mana nak kemas loker dan bagi aku loker aku sentiasa kemas. Kalau boleh loker tu ada hiasan gambar boyfriend, artis, adik angkat, kakak angkat dan bermacam jenis hiasan biar nampak meriah cemtu. Dekat sini nilai kreativiti mula tercetus. Kalau dekat rumah, merasa ke nak hias loker? baju pun tak lipat, bila nak pakai baru ambik terus sarung. I know lah, i buat cemtu.

Dekat asrama, bila masuk je mesti beria ada kakak angkat, adik angkat. Menyampah bila aku fikir balik. Hahahaha tapi masa guwa zaman jahiliah dulu kira ada lah hehe nak sweet sikit bagilah apa apa barang masa anniversary. Nak harey membazir. Tapi guwa ada sorang senior yg tetap dihargai, disayangi, dicintai, disanjungi, dan segala di lah. Dia kakak si Alia ni, tapi kitorang semua buat mcm kakak sendiri, yedok Cik Hazwani? Yoww rindunya dekat awak :*

Dekat asrama, kita akan belajar mcm mana nak hormat senior. Kiranya senior ni mandat besar ah. Diorang je boleh buat, yang junior ni dikira orang bawahan, kuli batak dan kuli batak dan kuli batak. Kalau jalan sebelah senior tu jenuh la nak tunduk bagi Assalamualaikum kak. Tapi kadang2 senior kerek tak jawap, tapi tak semua ah. mana tau diorang jawab dalam hati kan.... Aku tahu lah aku pernah merasa.

Dekat asrama, masa form2 la paling excited bila terima budak form1. haihh biasalah mek, baru nak merasa ada junior yedok. Tambah tambah bila aku masa tu jadi senior petang. hehe besar kepala sekor sekor tunjuk belang. Cehh macam la aku taktau, bajet senior. mentang mentang senior atasan takde, boleh jadi tuan besar. masa tu lah kalau nak buli "dik, TOLONG ambik air panas" Haram kan perangai, takpe guwa pernah buat. Adat biasa ~

Dekat asrama, mana ada toilet beratus ratus untuk setiap orang budak asrama kan? Mula lah sangkut towel sana sini. Paling tepat kira kena ikut turn towel tulah. Time nak basuh baju pulak, sadis sikit takde mesin basuh automatik. Cara terbaik, ialah goreng baju dgn berus paling byk berbakti okay? Hai berus, setiap bulan aku tukar kau akibat kes hilang. Turn untuk iron, mandi, basuh baju, dan segala jenis yg ada kena mengena dengan angka giliran, kita gunakan istilah AFTER. Dekat rumah ada? sorry takde -.- Tapi bila dah senior sikit, mula lah potong memotong. Salah langkah terpotong turn senior, habislah perli memerli diadakan dia dalam toilet itu jugak.

Dekat asrama, akan makan bersama. Beramai ramai. Kalau tak pun, mesti berdua. Tapi aku rasa aku tak pernah makan berdua. Mesti makan ramai ramai. Tambah after training kadet tu, kalau boleh yg mana tak training pun join makan sekali. Tak pernah rasa nya aku makan sorang. Tapi kalau dkt rumah? cedok nasi, cedok lauk, habis makan, basuh sendiri, masuk bilik. Itu je. Kalau ada kawan, sembang pong pang. dari makan selama 15 minit, boleh berlarutan sampai sejam. Tak percaya, boleh daftar mana mana asrama.

Dekat asrama, kalau nak makan ke, mesti beratur right? Itu untuk junior eh. Yang senior tunjuk belang selit je mana mana geng batch yg sama. Serious ni aku bengang, hoki dgn netball kalau after bukan satu batch, satu team! Guwa faham, hangpa dok sayang adik adik hangpa takpe.. Adatlah nanti semua pun pakat nak selit selit. Yang kesiannya adik form one, form two kita ni. Tapi tu junior dulu lah yg sekarang guwa taktau. Yang pasti cukup hebat bab berlakon " AKU AFTER KAU KAN" dalam hati aku sumpah seranah kalau dpt senior cemtu, hahaha adik adik terima lah adat istiadat budaya asrama kita

Dekat asrama, kita belajar antara sebab kenapa masuk tandas sampai dua tiga orang. Kenapa? pelbagai rekaan cerita hantu. Antaranya : GreenLady, Anak Hilang, Kira Katil, Badut Ajak Main, Hantu ikut belakang masa pegi tandas dan sbg nya boleh dijadikan rekaan. Dan sebab cerita mitos itu, aku belajar tidur dalam sempit. Share katil, bantal, selimut sebab terlalu takut. Orang pandang sbg lesbian? oh no! abaikan okay mek? Dan bukan sebab hantu je, kadang kadang kita masuk toilet ramai ramai sbb nak elakkan dari cikgu tangkap kita ponteng pergi prep, surau atau apa apa. Hahaha konon buang air besar lah lama sgt, padahal tgh mengumpat menyorok dalam satu toilet yg kecil tu

Dekat asrama, kita akan belajar cara nak kemas dorm atau tempat yg telah ditentukan oleh pihak atasan. Masa tu kalau dah senior, paham pahamlah. tak perlu nak kemas kemas dorm dah. kadang kadang katil pun junior yg kemaskan. Alasan kitorang nak study. Babi right? guwa tahu itu.. kan aku cakap, junior ni mcm kuli. kesian kan? ahhhhhhhh, aku pernah kena! Tapi kalau bab bab cuci toilet ni paling aku suka. kalau duty toilet ke apa, mesti volunteer nak bersihkan tapi jgn lupa bawak 2 3 org junior. Defuqq -.- guwa nak main air je, yg lain serahkan kepada adik adik manis.

Dekat asrama, kita akan belajar cara lompat pagar paling efektif. Erti kata lain, fly. Yg mana nak fly malam tu, kena main lompat pagar. Tapi aku taktau apa function nak fly malam malam. Tidur mana? dengan boyfriend? waallahualam... Tapi bab bab tak boleh outing ni, punca lah ramai keluar secara seludup.

Dekat asrama, mengamalkan semua makanan harus dikongsi bersama. Megi adalah makanan yg paling penting! Macam karbohidrat aku rasa. Kalau takde megi ni, perut akan menahan lapar yg amat sangat. rasa macam azab weh kalau lapar. Kalau biskut tu, bukak dalam masa 5 minit akan lesap didalam perut. Kalau yg mana tgh mengumpat tu, lagi lazat jika ada chipsmore ni. biarpun sikit, tapi alamak enak nya kalau makan lepastu mandi beramai ramai.

Dekat asrama, pelajar pelajar asrama dianggap sangat bermasalah. Bagi diorang, tidur merupakan satu tuntutan. Bila dgr cikgu tak datang, cikgu lambat masuk, cikgu tinggalkan kerja, alamatnya semua tutup pintu dan bukak tudung dan tidur dgn lena tanpa org tau. bila next teacher masuk, baru kelam kabut. Itu juga merupakan adat istiadat.

Dekat asrama, kita belajar cara nak bukak puasa dgn makanan yg tak berapa nak... lah kan? bukan tak bersyukur tapi biasalah. dan masa masa ni lah, budak budak akan keluar mintak pergi bank la apelah. macam macam, padahal pegi bazar kan? aku pernah buat! sarat gila kena angkat itu ini. serious itu kali pertama dgn kali terakhir lepastu surrender taknak buat dah. Kalau semayang terawih tu dah tak boleh nak miss kan? ada je dugaan kantoi itulah inilah.

Dekat asrama jugaklah, bila nak balik akhir tahun, musnahlah semua studyroon dan dorm. Masa tulah masa terbaik untuk kita tak tidur malam dan kongsi cerita. cerita hantu paling famous!  Kadang kadang sesi leleh akan berlangsung tapi zaman dah maju. no more leleh.

Yang terakhir,
dekat asrama, kita akan meninggalkan beberapa kesan untuk diingati. contohnya aku akan tulis dekat tilam asrama dgn marker pen nama aku besar besar. Yang kedua tulis nama dkt hanger aku *hanger curi sebenarnya dan campak hanger tersebut dkt bumbung dining. Konon kenangan tu hanger aku lah -.- And last, bukan semua ada sign name dekat TANGKI right? tapi guwa dah ada! aku rasa bangga dgn pencapaian naik atas tangki yg sgt gah gemilang tu. Nama gua ada weh! Nama gua ada weh! Hahaha k.

The moral what : Pergi mana mana pun kita akan jumpa apa yg kita akan belajar, dan masalah akan datang. Kalau takde masalah bukan nama manusia k. Kenangan hanya untuk dikenangkan, bukan untuk diulangkan. K aku taktahu ayat apa tu, Asslamualaikum :)
older posts |newer posts